PENERANGAN
Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari
keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA.
Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan
(terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang
yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan
bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda,
berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli,
lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10
cm lebar dan 7-15 cm panjang.
Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih
tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya
berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur
atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung
(ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol)
berukuran 2.5-5 cm panjang
Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang ranting buah yang merentasi
tanah tanpa akar (procumbent) yang besar, gempal, berbuah manis bila
matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan
rasanya manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak
berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate) . Rasa daun kaduk lebih lembut
di banding daun sirih walaupun bau nya masih sedikit tajam.Pokok kaduk
lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh
kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di antara
kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan
semata-mata, ia lebih dari itu.
Cara pembiakannya melalui anak benih atau keratan batang. Air rebusan
dari akar pokok ini dapat melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat
demam malaria dan bagi melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit
gigi dan sengal-sengal tulang.
PENGEDARAN SECARA GEOGRAFI
Pokok kaduk mudah ditemui di beberapa bahagian China Selatan, Fujian,
Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan, Xizang, Yunnan, atau di
negara-negara Asia seperti Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia,
Filipina, Vietnam dan sejauh kepulauan Andaman.
PENGGUNAAN DALAM MASAKAN
Daun kaduk biasanya dijualsecara ikatan dan dimakan secara ulaman.
• Dalam masakan Thai (Thai cuisine), daun kaduk digunakan sebagai
pembalut miang-kham, sejenis makanan ringan (snek) tradisional, ia juga
merupakan salah satu daripada bahan untuk kari Kaeng-khae dari Thailand
Utara.
• Dalam masakan Laos (Laotian cuisine), ia adalah sebahagian daripada
ramuan salad.
• Dalam masakan Melayu (Malay cuisine), ia diracik untuk dimakan sebagai
ulaman, jenis salad orang Melayu.
PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL
Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia
menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari
buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan
anti-plasmodial.
Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala
malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema,
reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura
parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada
(pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan
boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk
melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk
batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit
jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan
gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan
sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.
Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif,
ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan
dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk
merawat pesakit kencing manis.
PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN
Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan
pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar
di hutan. Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari
Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang
pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.
“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini
kerana bahan aktif dalam pati kaduk, ia itu daripada daun, batang, buah
dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri," Beliau berkata, kajian yang
dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh
menyekat lemak dalam badan.“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada
pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti,” Prof
Dr Zhari berkata, berbeza produk lain, nobesiti bertujuan menghalang
punca utama kegemukan ia itu pembentukan sel lemak dalam badan.
7 Khasiat Daun Kaduk:
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap
masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah
merawat;
- sembelit
-sakitgigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang
Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk
dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.
1. Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.
2. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang,
sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:
i. Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
ii. Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
iii. Rebus kesemua sehingga mendidih.
iv. Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
v. Air rebusan diminum perlahan-lahan.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
i. Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
ii. Ramas-ramaskan daun tersebut.
iii. Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam
sebaldi air.
Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus
bersama sedikit air.
i. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
ii. Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit
air.
iii. Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.
6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang
ditumbuk lumat.
i. Ambil beberapa helai daun kaduk.
ii. Tumbuk sampai lumat.
iii. Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang
berpanau.
7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan
darat dan sebagainya.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments:
Post a Comment